School of Information Science & Engineering
(SISE)
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
BUKU PANDUAN PENGENDALIAN PROJEK PELAJAR
PENGENALAN
Projek adalah diwajibkan kepada semua pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DTM),
Diploma Rekabentuk Grafik (DRG), Diploma Teknologi Multimedia (DTMM) &
Diploma E-Dagang (DED) bagi memenuhi syarat bergraduat.
Berikut adalah syarat – syarat untuk melayakkan pelajar melaksanakan projek:
a) Pelajar mesti mendaftar dengan Penyelaras Projek dengan menggunakan
Borang Pendaftaran Projek Akhir [BP01-08] pada Minggu Pendaftaran.
b) Pelajar WAJIB lulus semua subjek dan berada di semester akhir
pengajian dengan minimum semasa PNGK 2.00.
c) Pelajar dibenarkan untuk membuat projek secara individu atau
berkumpulan [Maksimum 2 orang].
d) Tempoh perlaksanaan projek adalah selama 14 minggu.
PERJALANAN PROJEK - Pelajar perlu memenuhi keperluan aktiviti setiap minggu berdasarkan kepada
Lampiran Pemetaan Kerja Kursus. - Kelewatan pelajar untuk menghantar tesis bagi tujuan pemeriksaan akan
dikenakan denda iaitu satu markah bagi setiap hari lewat.
- Jika kelewatan melebihi seminggu, gred diturunkan kepada satu abjad.
Contohnya, jika pelajar mendapat B+, akan diturunkan kepada gred B.
- Perlaksanaan projek terbahagi kepada TIGA bahagian: a) Pendaftaran projek
b) Penulisan dan pembentangan kertas cadangan projek
c) Pengendalian projek
BAHAGIAN A :PENDAFTARAN PROJEK
Pelajar hendaklah mendaftarkan cadangan tajuk projek yang hendak dibangunkan.
Penyelaras projek akan memaklumkan nama penyelia setelah pendaftaran
dilakukan.
2
BAHAGIAN B : PENULISAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PROJEK Setelah pendaftaran projek dilakukan, pelajar perlu menulis dan membentangkan
kertas cadangan projek. Ini bertujuan untuk memastikan cadangan pelajar menepati
objektif projek. Penulisan kertas cadangan projek perlu dilakukan mengikut susun
atur dan isi kandungan seperti berikut:
Halaman Tajuk (Title page) Ia mestilah mengandungi perkara – perkara berikut:
• tajuk projek dalam huruf besar
• nama pelajar serta nombor matrik
• nama program & kolej
• nama semester projek mula dilaksanakan
NOTA: 2.5cm = 1 inch
6 cm
TAJUK
NAMA PELAJAR NO MATRIK
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT KOLEJ PTPL SHAH ALAM
MAC 2007 6 cm
3
ABSTRAK dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
Kandungan abstrak perlu menggambarkan keseluruhan projek/kajian yang akan
dibangunkan. Ia perlu mengandungi
a. pengenalan projek
b. penyataan masalah
c. objektif projek
d. metodologi/kaedah yang digunakan
e. jangkaan hasil projek.
Gunakan satu atau dua ayat bagi setiap perkara yang dinyatakan di atas. Bilangan
perenggan yang digunakan adalah SATU sahaja dan tidak melebihi daripada 1
mukasurat.
Kandungan
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta nombor muka surat.
BAB 1 : Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang
- Pengenalan projek
- Penyataan masalah
- Objektif kajian
- Skop kajian
- Kepentingan projek
4
BAB 2 : Ulasan Karya
Bab ini menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pihak lain atau/dan
sistem/aplikasi komputer yang sedia ada, berkaitan dengan bidang projek yang akan
dijalankan (sekurang – kurangnya 3 contoh). Banyak rujukan perlu dibuat dalam bab
ini. Rujukan boleh sama ada dari buku, kertas kerja persidangan, artikel jurnal,
majalah, tesis atau/dan Internet. Segala sumber rujukan perlu dirakamkan secara
jelas dalam teks dan dinyatakan dalam senarai rujukan.
Kandungan Bab 2 2.1 Pengenalan
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada
2.2.1 Contoh Sistem Pertama
2.2.2 Contoh Sistem Kedua
2.2.3 Contoh Sistem Ketiga
Untuk setiap kajian sistem sedia ada perlu dinyatakan dari segi fungsi, kelebihan , kelemahan, dan contoh antaramuka.
2.3 Perkaitan Dengan Sistem Yang Sedang Dibangunkan
Pelajar perlu membandingkan sistem sedia ada dengan sistem yang akan dibangunkan oleh pelajar.
BAB 3 : Metodologi Pembangunan
Dalam bab ini, pelajar perlu menekankan
a. metodologi bersesuaian yang akan digunakan dalam pembangunan
projek
b. gambarajah yang menggambarkan metodologi yang akan digunakan
c. penerangan bagi setiap fasa yang terlibat dalam metodologi tersebut
[Penerangan mesti merangkumi aktiviti yang akan dilakukan oleh pelajar
dalam setiap fasa]
5
Kandungan Bab 3 3.1 Pengenalan
3.2 Metodologi yang akan digunakan
3.3 Fasa pembangunan sistem
3.3.1 Perancangan
[Termasuk Carta Gantt & pemilihan organisasi yang dikaji] 3.3.2 Analisis
[Kajian terhadap sistem yang sedia dipakai oleh organisasi – aktiviti temubual, pensampelan, pemerhatian, kaji selidik dan contoh dokumen]
3.3.3 Rekabentuk
[Nyatakan model – model yang direkabentuk pada fasa ini] 3.3.4 Implementasi
[Aktiviti yang terlibat dalam pembangunan (bahasa, pangkalan data) dan pengujian]
BAB 4 : Rekabentuk
Bab ini menerangkan hasil kerja yang akan dilaksanakan meliputi rekabentuk
senibina aplikasi sistem, rekabentuk antaramuka, rekabentuk pautan antara setiap
paparan/halaman, rekabentuk pangkalan data, teknik dan algoritma yang berkaitan.
Bab ini turut mengandungi cartalir, DFD, carta struktur, gambarajah kes guna,
gambarajah jujukan, gambarajah kelas dan sebagainya bergantung kepada model
pembangunan aplikasi yang telah dipilih (berstruktur atau berorientasikan objek).
Kandungan Bab 4 4.1 Pengenalan
4.2 Rekabentuk Sistem
4.3 Rekabentuk Pangkalan Data
4.4 Rekabentuk Antaramuka
4.5 Rekabentuk Program
BAB 5 : Kesimpulan
Bahagian ini menerangkan jangkaan keputusan yang perolehi daripada sistem yang
akan dibangunkan.
6
Rujukan
Bahagian ini mengandungi senarai rujukan khusus yang telah digunakan sebagai
kutipan dalam penulisan kertas cadangan (bab-bab di atas). Setiap senarai rujukan
perlu dipastikan dikod dalam teks laporan. Format penulisan senarai rujukan ini perlu
mengikuti format seperti lampiran.
Penghantaran dan Pembentangan Kertas Cadangan Penghantaran kertas cadangan projek ini perlu dilakukan semasa sesi
pembentangan kertas cadangan projek. Pembentangan hendaklah merangkumi
ringkasan maklumat dari kertas cadangan yang dihantar. Pelajar perlu menyediakan
slaid pembentangan tersebut.
7
BAHAGIAN C: PENGENDALIAN PROJEK Sepanjang tempoh pengendalian projek, pelajar diwajibkan untuk berjumpa penyelia
sekurang - kurangnya SEKALI setiap minggu. Semasa perjumpaan, pelajar perlu
menyediakan log aktiviti untuk diserahkan kepada penyelia. Sekiranya projek
dijalankan secara berkumpulan, log aktiviti perlu diisi secara berasingan. Berikut
merupakan format log aktiviti:
Format Log Aktiviti : MINGGU : ______________________ TARIKH : ______________________________
Tarikh & Hari Tugasan Harian Yang Dijalankan
Tarikh : Hari :
Tarikh : Hari :
Tarikh : Hari :
Tarikh : Hari :
Tarikh : Hari :
Tarikh : Hari :
Tarikh : Hari :
Komen Penyelia a. Perkembangan
Aktiviti
b. Susulan Kerja Pengesahan Penyelia:
___________________________ Nama : Tarikh :
8
PENULISAN PROJEK Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti oleh pelajar untuk menulis laporan
projek:
Halaman Tajuk (Tittle page) Ia mestilah mengandungi perkara – perkara berikut:
• Tajuk projek dalam huruf besar
• Nama pelajar serta nombor matrik
• Nama program & kolej
• Semester projek didaftarkan
ABSTRAK (tidak melebihi daripada 1 mukasurat) dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris Kandungan abstrak perlu menggambarkan keseluruhan projek/kajian yang biasanya
mengandungi pengenalan ringkas, penyataan masalah, objektif projek,
metodologi/kaedah yang digunakan, dan hasil capaian. Gunakan satu atau dua ayat
bagi setiap perkara yang dinyatakan tersebut. Bilangan perenggan yang digunakan
adalah SATU sahaja.
Perakuan/ Pengesahan
Bahagian ini mengandungi perakuan pelajar tentang semua hasil kerja yang
diperolehi dan pengesahan penyelia tentang hasil kerja yang telah dilakukan oleh
pelajar selaras dengan memenuhi syarat penganugerahan diploma.
Penghargaan
Bahagian ini bertujuan untuk menghargai individu, institusi atau badan – badan
kerajaan yang telah memberikan bantuan, sokongan dan bimbingan.
Kandungan
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta muka surat.
9
Senarai Jadual (jika perlu)
Senarai ini diperlukan jika terdapat jadual yang digunakan dalam penulisan laporan.
Tajuk jadual dalam laporan hendaklah ditulis di bahagian bawah jadual.
Senarai Rajah (jika perlu)
Senarai ini diperlukan jika terdapat rajah yang digunakan dalam penulisan laporan.
Tajuk rajah dalam laporan hendaklah ditulis dibahagian bawah rajah.
Senarai Singkatan (jika perlu)
Senarai ini diperlukan jika terdapat huruf singkatan yang digunakan dalam penulisan
laporan. Oleh itu perkataan penuh yang mewakili singkatan tersebut perlu dinyatakan
disini.
Senarai Istilah (jika perlu)
Senarai ini diperlukan jika terdapat istilah yang digunakan dalam penulisan laporan
yang memerlukan penerangan yang lebih terperinci. Terjemahan bahasa Inggeris ke
Bahasa Malaysia TIDAK dipserlukan.
Senarai Lampiran
Senarai ini perlu ditulis bagi setiap lampiran yang terdapat di akhir laporan.
10
BAB 1 : Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang
- Pengenalan projek
- Penyataan masalah
- Objektif kajian
- Skop kajian
- Kepentingan projek
BAB 2 : Ulasan Karya
Bab ini menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pihak lain atau/dan
sistem/aplikasi komputer yang sedia ada, berkaitan dengan bidang projek yang akan
dijalankan (sekurang – kurangnya 3 contoh). Banyak rujukan perlu dibuat dalam bab
ini. Rujukan boleh sama ada dari buku, kertas kerja persidangan, artikel jurnal,
majalah, tesis atau/dan Internet. Segala sumber rujukan perlu dirakamkan secara
jelas dalam teks dan dinyatakan dalam senarai rujukan.
Kandungan Bab 2 2.1 Pengenalan
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada
2.2.1 Contoh Sistem Pertama
2.2.2 Contoh Sistem Kedua
2.2.3 Contoh Sistem Ketiga
Untuk setiap kajian sistem sedia ada perlu dinyatakan dari segi fungsi, kelebihan , kelemahan, dan contoh antaramuka.
2.4 Perkaitan Dengan Sistem Yang Sedang Dibangunkan
Pelajar perlu membandingkan sistem sedia ada dengan sistem yang telah dibangunkan oleh pelajar.
11
BAB 3 : Metodologi Pembangunan
Dalam bab ini, pelajar perlu menekankan
a. metodologi bersesuaian yang digunakan dalam pembangunan projek
b. gambarajah yang menggambarkan metodologi yang digunakan
c. penerangan bagi setiap fasa yang terlibat dalam metodologi tersebut
[Penerangan mesti merangkumi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dalam
setiap fasa]
Kandungan Bab 3 3.4 Pengenalan
3.5 Metodologi yang akan digunakan
3.6 Fasa pembangunan sistem
3.6.1 Perancangan
[Termasuk Carta Gantt & pemilihan organisasi yang dikaji] 3.6.2 Analisis
[Kajian terhadap sistem yang sedia dipakai oleh organisasi – aktiviti temubual, pensampelan, pemerhatian, kaji selidik dan contoh dokumen]
3.6.3 Rekabentuk
[Nyatakan model – model yang direkabentuk pada fasa ini] 3.6.4 Implementasi
[Aktiviti yang terlibat dalam pembangunan (bahasa, pangkalan data) dan pengujian]
12
BAB 4 : Rekabentuk
Bab ini menerangkan hasil kerja yang telah dilaksanakan meliputi rekabentuk
senibina aplikasi sistem, rekabentuk antaramuka, rekabentuk pautan antara setiap
paparan rekabentuk pangkalan data, teknik dan algoritma yang berkaitan. Bab ini
turut mengandungi cartalir, DFD, carta struktur, gambarajah kes guna, gambarajah
jujukan, gambarajah kelas dan sebagainya bergantung kepada model pembangunan
aplikasi yang telah dipilih (berstruktur atau berorientasikan objek).
BAB 5 : Keputusan
Bab ini bergantung kepada hasil projek/kajian yang dijalankan. Sistem yang telah
dibangunkan perlu diterangkan secara terperinci dari segi fungsi utama sistem.
Gambarajah antaramuka sistem mestilah disertakan dalam setiap penerangan. Jenis
dan teknik pengujian serta hasil pengujian perlu dinyatakan.
BAB 6 : Perbincangan dan Kesimpulan
Bab ini merumuskan secara keseluruhan projek yang telah dilaksanakan.
Perbincangan merangkumi hasil projek yang telah perolehi. Pelajar perlu
mencadangkan kerja – kerja pembaikan pada masa depan.
Rujukan
Bahagian ini mengandungi senarai rujukan khusus yang telah digunakan sebagai
kutipan dalam penulisan teks laporan projek (bab-bab di atas). Setiap senarai
rujukan perlu dipastikan dikod dalam teks laporan. Format penulisan senarai rujukan
ini perlu mengikuti format seperti lampiran.
13
Lampiran
Bahagian ini mengandungi dokumen-dokumen sokongan dan dokumen terperinci
sebagai rujukan lanjutan. Contohnya, borang kaji selidik yang digunakan, soalan
temuduga yang dikemukakan beserta dengan jawapan, algoritma/ kod pseudo bagi
keseluruhan aturcara serta maklumat tambahan lain. Jangan masukkan KOD ATURCARA dibahagian ini.
FORMAT PENULISAN PROJEK Bahasa Pelajar dibolehkan untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penulisan.
Font Pelajar dikehendaki menggunakan Arial bersaiz 11.
Langkauan Langkauan sebanyak dua baris. Langkauan sebaris hanya dibenarkan untuk
- nota kaki
- petikan yang panjang
- lampiran
- tajuk atau sub tajuk yang panjang
- tajuk yang panjang untuk jadual atau gambarajah
Kualiti penaipan Pelajar dikehendaki menggunakan pencetak dakwat atau laser. Mesin taip dan
pencetak dot matriks tidak dibenarkan sama sekali.
Margin Margin kanan, atas dan bawah adalah 25mm. Margin kiri pula adalah 40 mm untuk
memudahkan penjilidan.
Halaman Nombor halaman mestilah mengikut turutan.
Kertas Kertas yang digunakan mestilah kertas berwarna putih dan bersaiz A4 [80 gram].
Tidak perlu divider atau penggunaan kertas bewarna.
Penghantaran Dokumentasi Dokumentasi yang dihantar mestilah mendapat pengesahan daripada penyelia.
Pelajar perlu menghantar satu salinan CD yang mengandungi
a. sistem fail – fail yang dibangunkan (fail exe)
b. dokumentasi sistem
PEMBENTANGAN PROJEK
Pra-Pembentangan projek akan dilakukan pada minggu ke 10 dan Pembentangan
projek dilakukan pada minggu ke 12. Koordinator projek akan menentukan slot
pembentangan pelajar. Pembentangan perlu dilakukan di hadapan panel penilai
yang terdiri daripada:
a) Penyelia
b) Dua orang penilai Luar
Pelajar perlu menyediakan slaid bagi tujuan pembentangan yang mengandungi
perkara – perkara berikut:
- Pengenalan projek
- Pernyataan masalah
- Objektif kajian
- Skop kajian
- Kepentingan projek
- Ulasan Karya
- Metodologi pembangunan
- Rekabentuk
- Keputusan (demostrasi sistem yang telah dibangunkan)
- Kesimpulan & Cadangan Penambahbaikan
15
LAMPIRAN
16
FORMAT PADA KULIT HADAPAN
o Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas
berukuran 18 hingga 24 poin dan mengikut susunan seperti ditunjukkan pada
rajah di bawah.
6 cm
Tajuk
Nama Pelajar No matrik
Diploma Teknologi Maklumat Kolej PTPL Seremban
Mac 2005
6 cm
17
FORMAT PADA TULANG BELAKANG TESIS
o Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas
berukuran 18 hingga 24 poin dan mengikut susunan seperti ditunjukkan pada
rajah di bawah.
18
FORMAT HALAMAN JUDUL
o Halaman ini hendaklah mengandungi maklumat (ditaip dengan satu langkau
(single spacing) dengan HURUF BESAR) berukuran 11 poin dan mengikut
susunan seperti rajah dibawah. o Tajuk tesis ditulis dalam bentuk piramid terbalik.
6 cm
Tajuk
Nama pelajar No matrik
Projek ini dikemukakan untuk sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat yang ditetapkan
untuk dikurniakan Diploma Teknologi Maklumat
Diploma Teknologi Maklumat Kolej PTPL Seremban
1x double spacing Mac 2005
6 cm
19
FORMAT PENULISAN PENGAKUAN
o Perkataan PENGAKUAN hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin dan bold.
o Teks pengakuan hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin mengikut susunan seperti rajah dibawah.
5 cm
PENGAKUAN
4X double spacing
teks pengakuan
3.8 cm 2.5 cm
1X double spacing
4X double spacing
2.5 cm
20
CONTOH TEKS PENGAKUAN
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-
nukilan dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
__________________
Pelajar
Ali Bin Abu
DTM010402041
Tarikh : 22 April 2005
21
FORMAT PENULISAN PERHARGAAN
o Perkataan PENGHARGAAN hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11
poin dan bold.
o Teks penghargaan hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin mengikut
susunan seperti rajah dibawah.
5 cm
PENGHARGAAN
4X double spacing
teks penghargaan
3.8 cm 2.5 cm
1X double spacing
2.5 cm
22
FORMAT PENULISAN PENGESAHAN
o Perkataan PENGESAHAN hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin dan bold.
o Lain-lain teks dalam pengesahan hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin mengikut susunan seperti rajah dibawah.
5 cm
PENGESAHAN
4X double spacing
TAJUK
3.8 cm 2.5 cm 2X double spacing
teks pengesahan
1X double spacing
6X double spacing
2.5 cm
23
CONTOH TEKS PENGESAHAN
PENGESAHAN
SISTEM ANALISIS, PEMARKAHAN DAN PENYELARASAN PELAJAR
Telah disemak dan diterima oleh:
PUAN FAZILATUL RABANIAH JAMALUDIN
Disahkan oleh: Tarikh:
(Puan Fazilatul Rabaniah Jamaludin) Penyelia Kolej PTPL Seremban
24
FORMAT PENULISAN ABSTRAK
o Perkataan ABSTRAK hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin dan bold.
o Teks abstrak hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin mengikut susunan seperti rajah dibawah.
5 cm
ABTSRAK
4X double spacing
teks abstrak
3.8 cm 2.5 cm
1X double spacing
2.5 cm
25
FORMAT HALAMAN MEMULAKAN BAB
o Bab, tajuk bab dan setiap sub-tajuk dalam bab hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin dan bold.
o Teks kandungan hendaklah ditulis dengan saiz berukuran 11 poin mengikut susunan seperti rajah dibawah.
5 cm
BAB 1
4X double spacing
PENGENALAN
4X double spacing 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN 3.8 cm 2X double spacing
teks utama
2.5 cm
1X double spacing
2.5 cm
26
FORMAT HALAMAN
2.5 cm
teks utama
3.8 cm 2.5 cm 1X double spacing
2X double spacing
Paragraf baru
2.5 cm
27
MENOMBORKAN HALAMAN 1. Letak nombor halaman
Letaknya hendaklah di sudut bawah sebelah kanan. Gunakan jenis huruf yang sama seperti huruf teks.
2. Jenis nombor
Halaman permulaan (bermula dari halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berjujukan: I, ii, iii … dan seterusnya.
Penomboran bab hendaklah dinomborkan dengan HURUF BESAR roman dan bold mengikut jujukan: I, II, III … dan seterusnya.
Nombor halaman teks hendaklah menggunakan digit: 1, 2, 3 … dan seterusnya.
3. Peringatan
Halaman permulaan (halaman judul) dianggap sebagai halaman “i” tetapi nombornya tidak ditaip.
28
PENULISAN JADUAL DAN RAJAH
JADUAL
o Nama jadual ditulis dibahagian atas jadual. o Penomboran setiap jadual ditulis mengikut bab secara berjujukan. Lihat
contoh dibawah.
Aaa Bbbb Cccc Dddd eeee
Jadual 3.1 : Keputusan Analisis Faktor Kebolehgunaan Sistem
RAJAH
o Nama jadual ditulis dibahagian bawah rajah. o Penomboran setiap rajah ditulis mengikut bab secara berjujukan. Lihat contoh
dibawah.
Rajah 3.1 : Seni bina Sistem Pengiraan Cukai
29
Contoh Penulisan Rujukan Journal: Type 1 Ho, Y.W. and A. Nawawi. 1991. Effect of carbon and nitriogen sources on growth of Ganoderma boninense from oil palm. Journal of Plant Protection in the Tropics 8:37-43. Monographs: Turner, H.N. and Young, S.S.Y. 1969. Quantitative Genetics in Sheep Breeding. Ithaca: Cornell University Press. Book Chapter: Chan, T.K. 1992. Plasmids of enterobacteria. In Pathogenesis of bacterial infections, ed. A. Ramirez, and S. Aquino, pp 235-243. Kuala Lumpur: Protea Press. Roberts, D.W. 1980. Toxins of entomopathogenic fungi. In Microbial Control of Pests and Plant Diseases, ed. H.D. Burgess, pp 441-463. New York: Academic Press. Webpages Vice President, 1999. University of Calgary Research Policies and Procedures Handbook. http://www.ovpr.uga.edu/rpph/rph_misn.html. Accessed on 23 February 1999. Author, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com. Accessed on 17 March 1999. Thesis Chin, Y., 1986. Title of Ph.D. Dissertation, Ph.D Thesis, Any State University. Author, Y., 1999. Title of thesis, Ph.D Thesis, Name of University, Country. Reports Country/Ministry/State/Institution, 1999. Title of reports. Malaysia, 199. Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.
30